Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Cap Dagangan 2019 pada 2-7-2019
Saya bangun untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019.
Tuan Speaker,
Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini terhadap beberapa bahagian yang perlu kita teliti terutamanya tentang Protokol Madrid yang menjadi tumpuan Rang Undang-Undang ini.
Tuan Speaker,
Kini terdapat sebanyak 104 keahlian yang telah pun menyertai Protokol Madrid melalui World Intellectual Property Organisation (WIPO). Protokol Madrid telah efektif pada tahun 1989 iaitu 30 tahun lalu. Madrid Protokol menyambut ulangtahun ke-30 tahun ini. Negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Singapore, Laos, Cambodia, Brunei, Vietnam dan Filipina juga telah menyertainya dan Malaysia adalah negara Ke-9 di kalangan negara ASEAN.
Tuan Speaker,
Langkah Malaysia menyertai Protokol Madrid ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyertai arus perdana sejajar dengan ASEAN Intellectual Property Rights Action Plan 2011-2015.
Negara-negara “Common Law” yang lain seperti New Zealand, India, Singapura dan lain-lain turut memperkenalkan Akta Cap Dagangan yang baharu. Di United Kingdom, “UK Trademarks Act of 1938” iaitu asas Akta Cap Dagangan Malaysia 1976 juga telah dimansuhkan pada tahun 1994 dan digantikan dengan UK Trademarks Act of 1994.
Malaysia tidak memimpin dalam undang-undang cap dagangan tetapi mengikuti di belakang negara-negara lain.
Tuan Speaker,
Secara ringkas, Protokol Madrid membolehkan pemilik cap dagangan mendaftar cap dengan lebih mudah dan cekap jika diizinkan Tuan Speaker “One application in One language and One fee”. Ini memudahkan pemilik cap dagangan untuk mendaftar dengan lebih cekap dan menjimatkan wang.
Sebelum ini, trademark tempatan yang ingin menyertai Sistem Madrid mereka akan membuat pendaftaran tempatan dan antarabangsa melalui negara jiran seperti Singapura.
Tuan Speaker,
Selain itu, Sistem Madrid mempunyai struktur yang lebih teratur iaitu melalui pemfailan tunggal ataupun “Centralised” pendaftaran. Hal ini, dapat memanfaatkan pemilik-pemilik cap dagangan tempatan bakal mempunyai perlindungan antarabangsa.
Tambahan pula, Rang Undang Undang ini juga akan meningkatkan skop cap dagangan termasuk kategori bukan tradisional seperti warna, bentuk barang, aroma, tanda 3 dimensi (3D mark) dan beberapa lagi. Ini bakal boleh mengatasi kekaburan dari segi definisi cap dagang seperti yang pernah dibicarakan di Mahkamah sebeum ini
Kebaikan Rang Undang Undang ini tidak boleh dinafikan dan boleh membawa pelbagai faedah kepada masyarakat Malaysia terutamanya pemilik cap dagangan di negara kita.
Namun begitu Tuan Speaker, walaupun rang undang-undang ini membawa banyak manfaat kepada negara kita tetapi terdapat beberapa cabaran yang harus kita berwaspada.
Tuan Speaker,
Saya menjangkakan 4 cabaran yang akan dihadapi oleh pemilik cap dagangan di Malaysia melalui sistem madrid.
1. Dalam masa lima tahun pada tarikh pendaftaran, International Registration Trademark tetap bergantung kepada permohonan asas ( Basic Application ) di pejabat negara asal. Jika pada masa itu permohonan asas itu telah dinafikan atau dibatalkan. Perlindungan IR tersebut tidak akan wujud dan haruslah mengupah agen cap dagang untuk mendaftar semula dan akan mengalami kerugian wang dan masa. Situasi ini dalam industri dipangil “Central Attack” .
Tuan Speaker.
Persoalannya: apakah langkah-langkah “safeguard” yang kerajaan harus ambil untuk menghadapi situasi ini supaya dapat melindungi pemilik cap dagangan di negara kita daripada menghadapi masalah “Central Attack”
2. Apabila Malaysia menyertai Sistem Madrid, masalah influx cap dagangan daripada negara lain juga akan didaftar di Malaysia hal ini mungkin akan memberikan impak yang negatif kepada pendaftar baru cap dagangan di Malaysia.
Persoalannya : Apakah perlindungan tambahan yang perlu diberikan kepada pendaftar baru atau pemilik cap dagangan tempatan terhadap situasi ini dan samada kerajaan akan mengenalkan peraturan supaya pemohon-pemohon asing perlu mempunyai alamat berdaftar di Malaysia ?
Tuan Speaker,
3 . Penambahan pendaftaran trademark dari peringkat antarabangsa akan membawa kepada isu penolakan dan konflik bakal timbul. Ini akan menyebabkan lebih banyak kos dari segi memfailkan bantahan dan litigasi. Dengan ini, penjimatan dari segi koas yang ditawarkan oleh pendaftaran berpusat Madrid Protokol akan diatasi oleh tambahan kos bantahan dan litigasi yang bakal timbul.
4. Dengan pelaksanaan RUU Cap Dagang ini, lebih banyak sumber pentadbiran dan latihan diperlukan untuk menguruskan permohonan yang dijangka akan meningkat di peringkat Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO). Begitu juga Kerjaaan perlu menyemak samada di pihak Kehakiman, sumber manusia yang mencukupi untuk menyelesaikan lebih banyak kes litigasi hak intelek di Mahkamah Hak Intelek yang focus kepada kes-kes hak intelek.
Tuan Speaker,
Seksyen 75(1) Rang undang-undang Cap Dagangan 2019 telah memperuntukan bahawa “Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menguatkuasakan peruntukan Protokol Madrid di Malaysia”. Saya berharap Menteri boleh menggunakan kuasa yang diperuntukan di bawah RUU ini untuk mengatasi 4 cabaran yang saya sebut tadi.
Selain dari RUU Cap Dagang, saya meminta Kerajaan sebagai part of legislative reform exercise untuk melihat kepada Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan penyertaan Malaysia kepada Sistem Hague untuk Indurstrial Design.
Sistem Hague untuk Rekabentuk Perindustrian (Hague Agreement Concerning the International Registration of Industrial Designs) adalah sistem yang melindungi pemilik Rekabentuk Perindustrian. Pada masa ini Malaysia masih bukan sebahagian daripada Sistem Hague. Oleh yang demikian rakyat Malaysia hendaklah membuat pendaftaran dua kali dan akan membazirkan masa dan wang . Saya mencadangkan supaya Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dikemaskini dan langkah untuk menyertai Sistem Hague untuk Industrial Design turut dibuat.
Tuan Speaker,
Sebagai kesimpulan, apabila persaingan globalisasi dan Internet memboleh perniagaan dilakukan merentasi sempadan negara, adalah penting untuk melindungi cap dagangan dan hak intelek di pelbagai bidangkuasa dan perlu satu sistem yang kos efektif dan mudah. Saya menaruh harapan kepada modern trademark law ini dapat mentransformasikan Malaysia kepada satu ekonomi yang kompetitif untuk Abad ke-21 baik dari bidang perniagaan halal kepada perniagaan e-commerce.
Saya mohon menyokong.
-----------------------------
No comments:
Post a Comment